Syuqran Jazilan for d click :)

Photobucket

My Friend

Memaparkan catatan dengan label hadis peristiwa akhir zaman. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hadis peristiwa akhir zaman. Papar semua catatan

Selasa, 16 Februari 2010

MASA AKAN MENJADI SINGKAT






Daripada Anas bin Malik r.a berkata : Rasulullah s.a.w bsabda :"Tidak akan terjadi qiamat sehingga masa menjadi singkat,maka setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakan 1jam dan 1jam dirasakan seperti 1petikan api" ~ H.R.Tirmizi


KETERANGAN : 
masa akan berlalu begitu cepat. Belum sempat berbuat sesuatu, tiba-tiba masa sudah terlalu larut, sehingga banyak perkara yang belum dapat diselesaikan. kita seakan-akan sibuk, tetapi kita tidak faham apa yang disibukkan. kita dibiri masa dan ia berlalu dengan tiada ada perkara yang dapat kita selesaikan. inilah yang dimaksudkan dengan singkatnya masa.


menurut Imam Mahdi al-Karmani, yang dimaksudkan dengan singkatnya masa itu ialah dicabut keberkatan daripadanya. memang benar apa yang dikatakan oleh Imam al-Karmani itu, dahulunya kita merasakan dalam sehari banyak perkara yang dapat kita laksanakan, tetapi sekarang dalam sehari yang sama hanya sedikit perkara-perkara yang dpaat kita laksanakan. ini adalah satu petanda hampirnya qiamat.

Ahad, 14 Februari 2010

ULAMA TIDAK DIPERDULIKAN

 

 Dari Sahl bin Saad as-Saaidi r.a berkata : Rasulullah s.a.w bersabda : "Ya Allah! Jangan kau temukan aku dan mudah-mudahan kamu(sahabat) tidak bertemu dengan suatu zaman di mana para ulama sudak tidak diikut lagi, dan orang yang penyantun sudah tidak lagi disegani lagi. Hati mereka seperti hati orang Ajam(pada fasiqnya) lidah mereka seperti lidah orang Arab(pada fasihnya)".

H.R Ahmad

KETERANGAN :

mungkin pada zaman sekarang ini kelihatan keadaaan yang telah digambarkan oleh Rasulullah s.a.w ini. Masyarakat sudah agak jauh dari para ulama,kerana khuatir perbuatan mereka akan ditegur. orang tidak segan lagi membuat maksiat walaupun di hadapan orang yang tinggi akhlaknya, terkadang, sengaja perkara maksiat itu dibuat di hadapan para ulama untuk menyatakan rasa ego dan sekaligus untuk menyinggung perasaan mereka. golongan ini juga pndai bercakap dan sering memutarbelitkan kenyataan. percakapan mereka begitu halus dan memikat orang lain pada hal hati mereka adalah hati harimau yang bsedia intuk menerkam dan memaksa musuhnya.

umat-umat islam mengikuti langkah2 yahudi dan nashrani


Daripada Abu Sa'id Al-Khudri r.a berkata : bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda : " Kamu aka mengikut jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka". Sahabat bertanya,"Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nashrani yang kau maksudkan?" Nabi s.a.w menjawab,"Siapa lagi kalau bukan mereka"

H.R.Muslim

KETERANGAN :

umat islam mengikut jejak langkah ataupun "cara hidup" orang-orang Yahudi dan Nashrani, hinggalah dalam urusan yang kecil dan perkara-perkara yang tidak munasabah. contohnya,jikalau orang yahudi dan nashrani masuk ke lubang biawak yang kotor dan sempit sekali pun, orang islam akan terus mengikut mereka.

Zaman sekarang ini kita dapat melihat kebanyakkan sabdaan Rasulullah s.a.w ini. Ramai orang islam hilang kepercayaan di dalam kehidupan. mereka banyak meniru "cara hidup" yahudi dan nasharani samada mereka sedar atau tidak. ramai orang islam telah terperangkap dengan tipu helah yahudi dan nashrani dan ramai pula orang yang menjadi alat dan tali barut mereka.

Ya Allah! selamatkan kami daripada mereka.