Syuqran Jazilan for d click :)

Photobucket

My Friend

Isnin, 14 Februari 2011

Pesanan terakhir Rasulullah (Isi khutbah terakhir Rasulullah)


  • Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :
"Barangsiapa yang berselawat kepadaku pada waktu pagi sepuluh kali dan pada waktu petang sepuluh kali, dia akan memperolehi syafaatku pada hari Kiamat. "


Ketika Rasulullah mengerjakan ibadah haji yang terakhir, maka pada 9 Zulhijjah tahun 10 hijarah di Lembah Uranah, Bukit Arafah, baginda menyampaikan khutbah terakhirnya di hadapan kaum Muslimin, di antara isi dari khutbah terakhir Rasulullah itu ialah:

"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.


"Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.


"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.


"Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka jugaberhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.


"Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah,dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawasetiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lainKamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.


"Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.


"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku.


"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."

Sabtu, 12 Februari 2011

Solat Jumaat



Solat Jumaat
 ialah solat dua rakaat yang dilakukan bagi menggantikan solat zohor.
Solat Jumaat di lakukan secara berjemaah selepas mendengar khutbah jumaat.


Solat Jumaat hukumnya fardu ain (wajib bagi setiap individu muslim jika tidak berdosalah) dengan syarat-syarat2 tertentu.

Dalil Al-Quran tentang Solat Jumaat :

Firman Allah swt : ( Al-Jumu’ah :9)

“wahai orang-orang yang beriman, apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat jumaat pada hari jumaat, maka segerakanlah kamu pergi ke masjid untuk mengingati Allah dan tinggalkanlah berjual beli pada masa itu. Yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui hakikat yang sebenarnya”.

Sabda Rasulullah SAW:
“Solat Jumaat itu hak wajib dikerjakan oleh setiap orang Islam dengan berjemaah, kecuali Hamba sahaya yang dimiliki, perempuan, anak-anak dan orang sakit.” ( Hadis Riwayat Abu Dawud & Hakim).

Syarat wajib :

1.      Islam
2.      Baligh
3.      Berakal
4.      Merdeka
5.      Lelaki
6.      Sihat
7.      Bermastautin @ bermukim

Syarat sah :
1.      Dikerjakan solat jumaat dalam waktu zuhur.
2.      Tempat yang ditetapkan (masjid, padang …… )
3.      Berjemaah ( at least 40 orang yang tinggal tetap di kawasan tersebut)
4.      Didahului dengan 2 khutbah.

Haram meninggalkan solat Jumaat :
·         Perbuatan yang ditegah kerana solat jumaat hukumnya wajib, fardu ain ke atas setiap individu muslim.
·         Bagi yang meringan-ringankan hukum Allah, akan dimurkai dan bakal menerima azab yang yang setimpal dengan dosa yg dilakukan.

Dari Abu Jakdi ad-Dhamri bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Sesiapa yang meninggalkan solat Jumaat 3 kali dengan sengaja, maka Allah SWT akan menutup hatinya daripada menerima petunjuk" (Hadis riwayat Abu Daud)

Pengecualian dari Solat Jumaat :
Seorang Muslim yang mengalami salah satu perkara di bawah ini adalah dikecualikan dari menunaikan solat Jumaat, mereka hanya perlu Solat Zuhur seperti biasa:
1.     Sakit - Iaitu sakit yang menyukarkan untuk ke masjid atau bimbang akan memudaratan penyakitnya.
2.     Hujan - Jika hujan itu membawa kesukaran untuk pergi ke masjid.
3.     Musafir - Iaitu orang yang keluar sebelum subuh untuk bermusafir.
4.     Takut dizalimi - Orang yang bersembunyi kerana takut di zalimi.
5.     Perang - Orang yang berada di medan perang.

Perkara-perkara sunat yang dilakukan pada hari Jumaat

1.  Mandi sunat hari Jumaat, terutama ketika hendak berangkat ke Masjid.
2.  Memotong kuku.
3.  Memotong, mencabut atau mengunting bulu [ketiak, hidung, misai].
4.  Bersugi.
5.  Memakai wangi-wangian.
6. Berhias diri dengan memakai pakaian yang bersih dan cantik.
7.  Bersegera pergi ke masjid.
8.  Berniat Iktikaf.
9.  Solat sunat Tahiyatul Masjid sebaik sahaja masuk ke dalam masjid.
10.  Memperbanyakkan berzikir, membaca Al Quran dan berselawat ke atas Nabi.

Rabu, 9 Februari 2011

IKHTILAT - Pergaulan bebas antara Lelaki dan Perempuan Yang Ajnabi



Pendapat al-qardhawi tentang ikhtilath: 
Istilah ikhtilath dalam lapangan pergaulan antara laki-laki dengan perempuan merupakan istilah asing yang dimasukkan dalam “Kamus Islam.” Istilah ini tidak dikenal dalam peradaban kita selama berabad-abad yang silam, dan baru dikenal pada zaman sekarang ini saja. Nampaknya ini merupakan terjemahan dari kata asing yang mempunyai konotasi tidak menyenangkan terhadap perasaan umat Islam. Barangkali lebih baik bila digunakan istilah liqa’ (perjumpaan), muqabalah (pertemuan), atau musyarakrah (persekutuan) lelaki dengan perempuan.
Terdapat pencampuran yang dilarang oleh syara’ dan dibenarkan oleh syarak. Yang dilarang oleh syara’ dan disebut dalam dalil-dalil seperti:

1. Berdua-duaan antara lelaki dan perempuan (Muttafaq `alaih)
2. Tidak menunduk pandangan (Ghaddul Bashar)
3. Tidak menutup aurat
4. Bertabarruj
5. Berkomunikasi dengan suara menggoda (Surah Al-Ahzab: ayat 32)
Adapun selain disebut di atas, kita dapat menyimpulkan bahawa pertemuan antara laki-laki dengan perempuan tidak haram, melainkan harus. Bahkan, hal itu kadang-kadang dituntut apabila bertujuan untuk kebaikan, seperti dalam urusan ilmu yang bermanfaat, amal saleh, kebajikan, perjuangan, atau lain-lain yang memerlukan banyak tenaga, baik dari lelaki mahupun perempuan.
Untuk di atas, kita dapat menyimpulkan bahawa pertemuan antara laki-laki dengan perempuan tidak haram, melainkan harus. Bahkan, hal itu kadang-kadang dituntut apabila bertujuan untuk kebaikan, seperti dalam urusan ilmu yang bermanfaat, amal saleh, kebajikan, perjuangan, atau lain-lain yang memerlukan banyak tenaga, baik dari lelaki mahupun perempuan.
Malah dinukilkan dalam Al-Quran bahawa Ratu Balqis bermusyawarah dgn Nabi Allah Sulaiman A.S.:
قَالَتْ يَا أَيُّهَا الْمَلَأُ أَفْتُونِي فِي أَمْرِي مَا كُنْتُ قَاطِعَةً أَمْرًا حَتَّى
قَالُوا نَحْنُ أُولُو قُوَّةٍ وَأُولُو بَأْسٍ شَدِيدٍ وَالْأَمْرُ إِلَيْكِ فَانْظُرِي مَاذَا تَأْمُرِينَ
قَالَتْ إِنَّ الْمُلُوكَ إِذَا دَخَلُوا قَرْيَةً أَفْسَدُوهَا وَجَعَلُوا أَعِزَّةَ أَهْلِهَا أَذِلَّةً وَكَذَلِكَ يَفْعَلُونَ
“Berkata dia (Balqis), ‘Hai para pembesar, berilah aku pertimbangan dalam urusanku (ini) aku tidak pernah memutuskan sesuatu persoalan sebelum kamu berada dalam majlis(ku).’ Mereka menjawab, ‘Kita adalah orang-orang yang memilih kekuatan dan (juga) memilih keberanian yang sangat (dalam peperangan), dan keputusan berada di tanganmu; maka pertimbangkanlah apa yang akan kamu perintahkan.’ Dia berkata, ‘Sesungguhnya raja-raja apabila memasuki suatu negeri, niscaya mereka membinasakannya dan menjadikan penduduknya yang mulia jadi hina; dan demikian pulalah yang akan mereka perbuat.” (Surah an-Naml: ayat 32-34) Berikut ini percakapan antara Balqis dan Sulaiman:

فَلَمَّا جَاءَتْ قِيلَ أَهَكَذَا عَرْشُكِ قَالَتْ كَأَنَّهُ هُوَ وَأُوتِينَا الْعِلْمَ مِنْ قَبْلِهَا وَكُنَّا مُسْلِمِينَ
وَصَدَّهَا مَا كَانَتْ تَعْبُدُ مِنْ دُونِ اللَّهِ إِنَّهَا كَانَتْ مِنْ قَوْمٍ كَافِرِينَ
قِيلَ لَهَا ادْخُلِي الصَّرْحَ فَلَمَّا رَأَتْهُ حَسِبَتْهُ لُجَّةً وَكَشَفَتْ عَنْ سَاقَيْهَا قَالَ إِنَّهُ صَرْحٌ مُمَرَّدٌ مِنْ قَوَارِيرَ قَالَتْ رَبِّ إِنِّي ظَلَمْتُ نَفْسِي وَأَسْلَمْتُ مَعَ سُلَيْمَانَ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
“Dan ketika Balqis datang, ditanyakantah kepadanya, ‘Serupa inikah singgasanamu?’ Dia menjawab, ‘Seakan akan singgasanamu ini singgasanaku, kami telah diberi pengetahuan sebelumnya dan kamõ adalah orang-orang yang berserah diri.’ Dan apa yang disembahnya selama ini selain Allah, mencegahnya (untuk melahirkan keislamannya), kerana sesungguhnya dia dahulunya termasuk orang-orang yang kafir. Dikatakan kepadanya, ‘Masuk1ah ke dalam istana.’ Maka tatka1a ia melihat lantai istana itu, dikiranya kolam air yang besar, dan disingkapkannya kedua betisnya. Berkatalah Sulaiman, ‘Sesungguhnya ia adalah istana licin terbuat dari kaca. ‘Berkata1ah Balqis, ‘Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah berbuat zalim terhadap diriku dan aku berserah diri bersama Sulaiman kepada Allah, Tuhan semesta alam.’”(Surah an-Naml: ayat 42-44)

----------------------------------------------------------------------------------------------

Realiti hari ini menyaksikan manusia lelaki dan wanita telah bolos daripada pegangan agamanya sebagaimana bolosnya anak panah dari busarnya. Sifat, sikap, adab dan disiplin pergaulan jauh sekali daripada ajaran Islam. Dalam fenomena seperti ini perkataan ikhtilat “pergaulan antara lelaki dan wanita ajnabi” tentu sekali menjadi persoalan yang mengancam kesejahteraan masyarakat dan keutuhan agama.
Oleh kerana itu ulama-ulama Islam satu masa dahulu secara tegas merrghukumkan masalah ikhtilat di sekolah, di pasar dan di mana-mana tempat adalah haram. Wanita lslam pula dididik agar mengutamakan rumah daripada pekerjaan. Oleh kerana itu isu wanita bekerja dan apatah lagi berpolitik adalah satu isu yang ditegah pada satu masa dahulu. Sejajar dengan Firman Allah yang bermaksud; Dan tetaplah di rumah-rumah kamu.
Apakah ikhtilat itu haram?
Fiqh semasa pada kali ini akan menghuraikan hukum pergaulan antara lelaki dan perempuan dalam berbagai sempena dari segi dalil, skop perbincangan dan batas-batas pergaulan. Contohnya wanita di tempat kerja, di pasar, di pentas dan bergelut di bidang politik. Adakah ia harus melakukan kerja-kerja yang seperti itu padahal dia terpaksa bergaul, bercakap dan bersemuka dengan bukan muhram dan bukan kaum sejenis mereka. Fenomena seperti ini diistilahkan oleh ulama kini sebagai: “ikhtilat”. Oleh itu untuk menghurai persoalan ini kita perlu terlebih dahulu menghurai perkataan iktilat dari segi bahasa dan syariat.
Bahasa
Dari segi bahasa, ikhtilat bererti: meramukan, menggaul sesuatu dengan sesuatu yang lain yakni mencarnpurkannya.
Istilah Syariat
Yang dimaksudkan dalam perbahasan ini ialah: Percarnpuran wanita dengan lelaki iaitu perkumpulan mereka pada satu tempat, sama ada dalam bentuk kumpulan atau bersendirian. Percampuran di satu tempat selalunya menyebabkan mereka bertemu antara satu sama lain, berpandangan dan bertegur sapa. Apa hukum ikhtilat dalam konteks yang seperti?
Ikhtilat seperti yang dijelaskan pada asalnya adakah haram atau halal? Untuk mengetahui jawapan, kita utarakan pertanyaan berikut: Adakah wanita sepenuhnya seperti lelaki dalam bercampur dengan lelaki ajnabi? Yakni adakah percampuran mereka dengan lelaki sama dengan percampuran lelaki dengan lelaki, tanpa ada perbezaan?
Jawapannya ialah; Tidak, secara pastinya tidak. Tidak ada seorang pun yang mengatakan bahawa pergaulan wanita dengan lelaki sama dengan pergaulan lelaki dengan lelaki. Kerana asasnya pergaulan lelaki sesama lelaki adalah harus, tetapi pergaulan lelaki dengan wanita tidak begitu. Maka kalau itu asasnya, pergaulan lelaki dan wanita adalah haram, bukan harus.
Percampuran yang diharamkan
Setelah kita mengetahui asal hukum pergaulan antara leiaki dan perempuan adalah haram, maka la adalah suatu perkara yang wajib dihindarkan kecuali dalam keadaan terpaksa atau keperluan yang mendesak. Syeikh Abd. Karim Zaidan dalam kitabnya `al-mufassat fi al-mar ah’ ynag masyhur menyebutkan contoh-contoh keadaan tersebut seperti di bawah:
Pertama: Harus kerana terpaksa (darurat) Ikhtilat yang berlaku kerana tekpaksa seperti yang disebutkan oleh Imam Nawawi dengan katanya: Berkata ahli mazhab Syafei: Tidak ada perbezaan dalam pengharaman khulwah (berdua-duaan) sama ada dalam solat atau selainnya. Dikecualikan daripada hokum ini kedaaan-keadaan darurat, seperti jika seseorang lelaki ajnabi mendapati seorang wanita ajnabi bersendirian di jalan, jauh daripada kumpulan manusia tersebut jika dibimbangi keselamatannya, maka pada ketika itu wajib tanpa khilaf. Antara contoh darurat yang lain ialah seperti seorang lelaki ajnabi melarikan wanita dengan tujuan menyelamatkannya daripada diperkosa, jika itu adalah satu-satu jalan untuk menyelamatkan wanita tersebut.
Kedua:Harus kerana keperluan(hajat) Ulama berkata, hajat mengambil peranan dhorurah dalam mengharuskan perkara yang haram. Di sana dicatatkan beberapa keperluan yang dianggap mengharuskan ikhtilat antara lelaki dan perempuan.
  1. Ikhtilat kerana urusan jual beli yang dibenarkan oleh syarak. Harus bagi wanita bercampur dengan lelaki semasa berjual-beli, melakukan tawar-menawar, memilih barang dengan syarat tidak berlaku khulwat (berdua-duaan) dan memelihara adab-adab pergaulan.
  2. Ikhtilat kerana melakukan kerja kehakiman. Wanita harus menjadi hakim dalam perkara selain hudud di sisi Hanafiah dan dalam semua perkara di sisi az-Dzohiriah dan Imam at-Tobari. Sudah termaklum kerja sperti ini mengundang percampuran dengan kaum lelaki yang terdiri daripada pendakwa, tertuduh, saksi dan lain-lain.
  3. Ikhtilat kerana menjadi saksi. Islam mengharuskan wanita menjadi saksi dalam kes berkaitan dengan harta dan hak-haknya. Seperti dinyatakan dalam ayat akhir surah al-Baqarah. Menjadi saksi akan mendedahkan diri kepada percampuran dengan lelaki ajnabi.
  4. Ikhtilat kerana amar ma’ruf nahi munkar. Ibnu Hazmin telah menyebutkan dalam kitabnya ‘al-Muhalla’ bahawa Umar al-Khattab (r.a) telah melantik al-Syifa’ menjadi penguatkuasa perbandaran. Sudah tentu beliau akan bercampur dengan lelaki ketika menjalankan tugasnya.
  5. Ikhtilat kerana melayan tetamu. Harus bagi wanita melayan tetamu bersama suaminya dan jika ada alas an yang syarei seperti tujuan memuliakan tetamu dan sebagainya walaupun terpaksa bercampur dengan tetamu. Dalam hadis Bukhari, ada diriwayatkan bahawa Ummu Usaid melayani Rasulullah (SAW) dengan menghidangkan makanan dan menuangkan minuman untuk baginda (SAW).
  6. Ikhtilat kerana memuliakan tetamu dan jika perlu makan bersamanya. Harus bagi wanita makan bersama tetamu kerana tujuan memuliakan tetamu atau tujuan lain yang syarei. Muslim meriwayatkan kisah satu keluarga yang ingin memuliakan Rasulullah SAW dan bertamukan baginda. Oleh kerana makanan yang sedikit, mereka memadamkan api dan memperlihatkan bahawa mereka makan bersama-sama banginda. Ini bereri bahawa orang ansor dan isterinya itu duduk bersama tetamu untuk makan bersama, walaupun mereka tidak makan, kerana mengutamakan tetamu.
  7. Ikhtilat dalam kenderaan awam. Harus bagi wanita keluar rumah kerana menunaikan kerja-kerjanya yang diharuskan, walaupun terpaksa bercampur dengan lelaki ajnabi, seperti keluar untuk menziarahi dua ibu-bapanya, membeli-belah dan ke hospital, meski pun ia terpaksa menaiki kenderaan awam yang menyebabkan berlaku percampuran dengan penumpang lain dari kalangan lelaki ajnabi, dia mungkin dudukatau berdiri ditepinya. Percampuran ini diharuskan oleh keperluan yang syarei.
  8. Ikhtilat kerana kerja-kerja jihad. Antara contoh pergaulan sewaktu jihad ialah seperti membawa air, merawat pesakit dan seumpamanya. Semua perkara tersebut adalah harus dilakukan oleh wanita kerana maslahah syariah. Bukhari menyebut dalam sahihnya daripada Ar Rabei binti Muawwiz katanya: Kami bersama Nabi SAW merawat pesakit, memberi minum dan menghantar jenazah yang terbunuh ke Madinah.
  9. Ikhtilat untuk tujuan belajar atau mendengar nasihat. Antara suasana yang diharuskan , ikhtilat dengan tujuan mengajar agama kerana Bukhari meriwayat­kan bahawa Rasulullah (s.a.w.) keluar pada satu hari raya dan sembahyang dua rakaat. Setelah selesai solat baginda berpusing mengarah wanita. Baginda menasihati mereka dan menyuruh mereka bersedekah, bersama baginda ialah Bilal.
  10. Ikhtilat dalam suasana yang teiah menjadi adat kebiasaan. Tersebut dalarn kitab Muwatta persoalan: Adakah harus bagi wanita makan bersama hamba atau lelaki bukan muhramnya? Berkata Malik: Tidak ada halangan pada perbuatan tersebut, jika dalam ruang uruf bahawa wanita makan bersama lelaki tersebut. Kadang-kadang wanita makan bersama suami dan mereka yang sering makan bersama suaminya. Antara contoh yang berlaku pada zaman ini ialah percampuran sewaktu menziarahi sanak saudara atau rakan taulan.Dalam suasana yang seperti in i akan berlaku percampuran antara lelaki dan perempuan dalam satu bilik, makan pada satu meja dan sebaginya. Ini semua diharuskan selama terpelihara adab-adab Islamiah.
---------------------------------------------------------------------------------------------

Adab-Adab Ikhtilat dalam Islam
 > Tidak bersentuhan antara perempuan dan lelaki ajnabi. 
> Tidak melihat perempuan atau lelaki secara mengamati dan menaikkan syahwat. 
> Memelihara aurat dan kehormatan. Aurat lelaki adalah antara lutut dan pusat manakala aurat perempuan adalah seluruh tubuh badan kecuali muka dan tangan. 
> Tidak mengeluarkan kata-kata keji, lucah atau menunjukkan tingkahlaku yang mendorong kepada melakukan maksiat.
 > Tidak berdua-duaan terutama di tempat sunyi dan gelap.

Selasa, 1 Februari 2011

Hosni Mubarak


Presiden Mesir, Hosni Mubarak. 


MUHAMMAD Hosni Said Mubarak, juga dikenal dengan Hosni Mubarak, lahir di Kafr-El Meselha, Al Monufiyah, 4 Mei 1928, umur (82 tahun) adalah presiden Mesir sejak 14 Oktober 1981.

Mubarak ditunjuk sebagai wakil presiden setelah pangkatnya naik di jajaran Angkatan Udara Mesir. Kemudian, ia menjadi presiden untuk menggantikan presiden Anwar Al Sadat yang terbunuh pada 6 Oktober 1981 oleh kelompok radikal Islam. Ia merupakan Presiden Mesir keempat untuk masa jabatan lebih dari 15 tahun sejak menjabat pada tahun 1981. Sebagai Presiden Mesir, ia dianggap sebagai pemimpin yang paling berkuasa di wilayahnya.

Hosni Mubarak, yang berkuasa selama tiga dekade, menghadapi protes yang belum pernah terjadi sebelumnya yang mulai terjadi pada hari Rabu (26/1). Walau "gerakan benci Mubarak" sudah mulai merebak di situs jejaring sosial beberapa bulan terakhir, namun para pengamat menyebut pergolakan di Mesir terinspirasi oleh penggulingan presiden Tunisia.

Mubarak tidak memiliki pengganti yang ditunjuk. Hal ini telah memicu spekulasi bahwa ia menyiapkan anaknya untuk mengambil alih. Inilah yang membangkitkan kemarahan di kalangan pengunjuk rasa.

Berikut ini adalah beberapa fakta tentang Mubarak:

Mubarak, 82 tahun, mengambil alih pemerintahan setelah Islamis (kelompok radikal) menembak mati pendahulunya, Anwar Sadat, pada parade militer di tahun 1981. Komandan angkatan udara ini justru "lebih tahan lama" memerintah daripada yang dibayangkan pada saat itu.

Ia memang belakangan giat melakukan reformasi ekonomi dipimpin oleh kabinet di bawah Perdana Menteri Ahmed Nazif. Tapi dia menutup rapat pintu oposisi politik.

Dia telah menolak perubahan politik yang signifikan bahkan di bawah tekanan Amerika Serikat, yang telah menuangkan miliaran dolar bantuan militer dan lainnya ke Mesir karena menjadi negara Arab pertama yang bersedia berdamai dengan Israel, menandatangani perjanjian pada tahun 1979.

Mubarak memenangkan pemilihan pertama multi-capres tahun 2005 meskipun hasilnya sudah bisa ditebak. Kelompok hak asasi manusia dan pengamat mengatakan pemilihan itu penuh penyimpangan.

Dia tidak mengatakan apakah ia akan memerintah untuk masa enam tahun keenam pada tahun 2011. Para pejabat telah mengindikasikan dia mungkin akan terus memerintah, walaupun pertanyaan tentang kesehatannya setelah operasi di Jerman Maret lalu menjadi perdebatan. Rakyat membaca ia bakal menyerahkan kekuasaan pada anaknya, Gamal, yang kini berusia 47 tahun. Namun baik Mubarak atau Gamal pernah menyangkal sinyalemen itu.

Gamal, tidak seperti ayahnya dan presiden Mesir lainnya, tidak memiliki latar belakang militer. Analis mengatakan akan membuat lebih sulit baginya untuk membangun otoritas sebagai presiden. (Yan - sumber www.jewishvirtuallibrary.org)

Selasa, 9 November 2010

Lah Tahzan !

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah....sangat2 bersyukur padaMu Ya Allah sehingga ke saat ini masih lagi memberi nikmat pernafasan dan nikmat iman islam kepada hambaMu ini, semoga ianya berkekalan dan berakhirnya dengan baik.Aminn...insyaAllah!

al-kisahnya......
mesti pernah anda merasa "kesedihan" mungkin di sebabkan pelbagai faktor kan , 
tapi pernah tak berasa sedih secara tiba-tiba tanpa sebab yang jelas ?

pelik kan, sebab apa terjadi ? 
tapi jika di kaji secara peribadi tanpa sebab yang kukuh kemungkinan besar di sebabkan faktor persekitaran yang x sesuai dengan minda. dan minda ataupun diri terpaksa untuk menerima tapi tidak boleh secara drastik. 

tapi kenapa plak berkaitan dengan kesedihan? dunia ini memang penuh dengan macam2 perkara yang merungsingkan. critical thinking! tapi seronok menguji keupayaan minda. 

hurmm....tapi apapun bila sentiasa hadapi keadaan yang sukar as hamba Allah kita x boleh leka dan terus terjerumus tanpa hala tuju dan sentiasa kena ingat Allah banyak-banyak.

mungkin dalam keadaan itu Allah nak mguji sejauh mana kita dapat mengatasinya samada akan beristighfar dan mohon ampunan dari Allah s.w.t ataupun bergantung harap pada dunia ? 

semoga kita semua sentiasa dalam lindungan Allah s.w.t dan sentiasa memperoleh petunjuk dan hidayah dan menjauhi daripada perkara2 yang boleh melalaikan diri . Lah Tahzan!



Ahad, 5 September 2010

APA KISAH NYA MALAM NIE ?

Assalamualaikum.. pembuka bicara....

salam sejahtera terutama sekali kepada my blog ini yang lama sangat ku x jenguk kerna kesibukan dan kekangan masa yang melampaui batas masaku untuk meluangkn masa untukmu...

tak banyak cakap di sini sesungguhnya jarang untuk membebel sorunk2 sesuka hati d wall ini :
di sini just nak tampal peringatan untuk diri agar selalu INGAT :

"membuat sesuatu pekerjaan semata2 kerana Allah dan jangan sampai wujud dalam hati tujuan kedua"
semoga Allah membalas dengan sesuatu yang baik =) insyaAllah.

selain dari itu......
"biarlah diri ini menyintai sesuatu kerana Allah juga dan juga membenci sesuatu kerana Allah"
Allah menjadikn sesuatu itu adalah yang terbaik untuk hambanya dan samada kita yang memilihnya dan menjadikannya d jalan yang benar dan salah.

sebaiknya elakkanlah perasaan untuk membenci dan redhakanlah diri untuk sesuatu itu ;))
adakah mudah? yea! mudah jika aq menjadikannya mudah...tepuk dada tanya diri...

sekian untuk menyegarkan kembali blogQ ini yang lama sepi..

Sabtu, 14 Ogos 2010

CARA MENYAMBUT RAMADHAN

SALAM RAMADHAN

cara menyambut bulan ramadhan :
1.mengucap alhamdulillah
2.takbir 3x
3.mbaca al-fatihah 3x
4. selawat ke atas nabi 7x
5.bdoa :
 i.doa keampunan ibubapa
ii.mohon diterima puasa.
iii.beri kejayaan dunia&akhirat
iv.hidup mati dalam iman.
v.dn dmasukkan ke dalam syurga.