Syuqran Jazilan for d click :)

My Friend

Rabu, 23 Mac 2011

Pandangan Sayyid Qutb Terhadap Dialog Antara Agama


Pandangan Sayyid Qutb Terhadap Dialog Antara Agama [720]

720: Beberapa istilah lain juga dipakai seperti dialog peradaban, kerjasama antara agama, persefahaman antara agama, mendekatkan antara agama dan lain-lain, semuanya dianggap menjurus kepada satu matlamat hanya dengan sedikit perbezaan istilah. Demikian juga dengan maksud agama, sama ada antara Islam dan Kristian atau antara lima agama dengan tambahan Yahudi, Buddha dan Hindu(Pengarang).

Dekad-dekad mutakhir ini menyaksikan seruan untuk melakukan dialog antara agama, khususnya agama samawi semakin kuat walaupun ia dianggap sesetengah pihak masih di peringkat awal. Keperluan dialog antara agama pada zaman ini dikaitkan dengan beberapa alasan, antaranya:

1Masyarakat pluralistik memerlukan tasamuh yang lebih tinggi. Corak kehidupan manusia yang lebih pluralistik akibat dari arus globalisasi. Jarang sekali berlaku wujudnya sebuah negara yang tidak didiami oleh masyarakat yang pelbagai, sementara sistem demokrasi yang diamalkan disebahagian besar negara di dunia yang menonjolkan aspek hak asasi manusia dan kebebasan beragama, kadangkala memerlukan interaksi dan tasamuh yang lebih tinggi di kalangan penduduk berbilang agama. Justeru suasana interaksi agama yang dahulunya lebih bersifat monolog harus berubah kepada dialog.

2: Sikap agresif dan akstremisme agama juga kadangkala bukan sahaja memberi kesan buruk kepada penganut agama lain malah kepada penganut agama itu sendiri. Tindakan sekelompok masyarakat bertindak atas nama agama dengan membunuh, mengebom manusia lain yang tidak berdosa adalah sesuatu yang tidak dibenarkan oleh mana-mana agama. Walaupun faktor yang membawa kepada tindakan tersebut serta keadaan psikologi mereka yang terlibat dapat difahami dan perlu diambil kira, tindakan yang dilakukan ternyata tidak menguntungkan sesiapa malah memberi kesan yang lebih buruk kepada hubungan antara agama. Justeru itu usaha dialog sama ada di peringkat dalaman di antara penganut agama itu sendiri dan juga dengan agama lain adalah perlu untuk menjelaskan kedudukan sebenar kefahaman agama tersebut dan mengelakkan salah faham.

3: Kewujudan masalah bersama di kalangan pelbagai agama yang menjadi ancaman bukan sahaja kepada sesuatu agama akan tetapi kesemua agama. Misalnya dalam keadaan kehidupan penduduk dunia yang semakin sekular dan berteraskan kebendaan, timbul keperluan di kalangan penganut-penganut agama untuk bersama berganding bahu menentang aliran-aliran ini dari mempengaruhi kefahaman agama-agama mereka. Begitu juga dengan isu-isu yang bersifat sosio-politik semasa seperti kerosakan alam sekitar, kemiskinan, ancaman nuklear, kepanasan global kesemuanya memerlukan suara dari kelompok agamawan dan boleh menjadi pendorong utama kelompok-kelompok agama untuk bersama-sama menyatakan pendirian mereka. Dari sudut yang lebih kecil, terdapat juga masalah-masalah dalaman yang bersifat teknikal yang kadangkala berkait dengan agama. Misalnya dalam konteks Malaysia, beberapa isu tentang pentadbiran agama dan perlaksanaan undang-undang yang memberikan kesan terhadap agama seperti pembinaan kuil, sistem mahkamah sivil dan shari’ah. Perkara-perkara ini sudah pasti memerlukan tindakan proaktif dari kelompok-kelompok agama untuk duduk berbincang dan cuba menawarkan penyelesaian terhadap masalah-masalah tersebut dengan penuh kebijaksanaan.

Mendalami pemikiran Sayyid Qutb mengenai dialog antara agama samawi kita dapati beliau banyak menyentuh isu ini terutama tatkala mentafsirkan ayat-ayat berkenaan larangan bersetia kawan dengan Yahudi dan Nasara. Sebagai contoh, ayat 51 al-Ma`idah, Allah berfirman:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا الْيَهُودَ وَالنَّصَارَى أَوْلِيَاءَ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ وَمَنْ يَتَوَلَّهُمْ مِنْكُمْ فَإِنَّهُ مِنْهُمْ إِنَّ اللَّهَ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ [721]
Terjemahan: Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka sesungguhnya dia adalah dari golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim.

Sayyid Qutb mengulas ayat ini dalam kerangka kerjasama di antara penganut-penganut agama Yahudi dan Nasara dengan kelompok muslimin, katanya:

 Seruan ayat ini ditujukan kepada kelompok Muslimin di Madinah, tetapi pada masa yang sama juga ditujukan kepada setiap kelompok Muslimin yang berada di mana-mana pelosok bumi sehingga hari Kiamat. Sebab yang mendorong ditujukan seruan ini kepada orang-orang yang beriman pada masa itu ialah kerana hubungan di antara sesetengah orang Islam di Madinah dengan sesetengah Ahl al-Kitab terutama orang-orang Yahudi belum lagi diputuskan dalam bentuk yang total dan tegas, malah di sana masih wujud hubungan-hubungan kesetiaan dan pakatan kerjasama, hubungan-hubungan ekonomi dan mu`amalah, hubungan kejiranan dan persahabatan di kalangan mereka.

 Ayat-ayat al-Qur`an diturunkan untuk membangkitkan kesedaran yang sewajarnya bagi seseorang Muslim dalam perjuangan menegakkan akidahnyan untuk merealisasikan sistem hidupnya yang beru di dalam realiti hidup manusia dan untuk mewujudkan di dalam hati seseorang Muslim pemutusan hubungan yang total di antarany dengan setiap mereka yang bukan dari kelompok Muslim dan mereka yang tidak berdiri di bawah panji-panji Islam, iaitu pemutusan hubungan yang tidak melarang sikaptasamuh, kerana sikap ini menjadi sifat seseorang Muslim yang tetap, tetapi pemutusan hubungan ini membawa erti melarang perbuatan memberi kesetiaan, kerana kesetiaan di dalam hati seseorang Islam hanya diberikan kepada Allah, kepada Rasul-Nya dan kepada orang-orang yang beriman sahaja. Itulah kesedaran dan pemutusan hubungan yang pasti wujud pada seseorang Muslim di setiap negeri dan generasi.

 Kaum Yahudi dan Nasara saling bantu-membantu sesama mereka. Ini adalah satu hakikat yang tidak ada hubungan dengan Zaman kerana hakikat ini adalah terbit dari tabiat kekufuran yang begitu jauh bezanya dengan tabiat Islam. Kaum Yahudi dan Nasara tidak akan menjadi penolong-penolong atau rakan-rakan setia kepada kelompok Muslimin di mana-mana tempat pun di bumi ini dan pada bila-bila masa sekalipun. Abad-abad telah berlalu bersilih ganti membuktikan benarnya kenyataan ini. Mereka telah membantu satu sama lain dalam memerangai Nabi Muhammad saw dan kelompok Muslimin di Madinah. Mereka saling bantu membantu satu sama lain di merata pelosok bumi ini di sepanjang sejarah dan dasar saling membantu ini tidak pernah mungkir walau sekali pun. Tidak pernah berlaku di bumi ini melainkan tepat seperti yang dijelaskan al-Qur`an dalam bentuk menyatakan sifat kaum Yahudi dan Nasara, bukannya dalam bentuk penceritaan satu peristiwa yang tunggal.

 Orang yang berusaha menggoyah dan melembutkan tindakan tegas dengan memutuskan hubungan dengan alasan tasamuh dan memperdekatkan hubungan di antara agama-agama samawi adalah salah memahami makna agama-agama itu di samping salah memahami kna tasamuh. Agama yang terakhir itulah sahaja agama yang diterima di sisi Allah dan dasar tasamuh itu adalah diamal dalam urusan-urusan mu`amalat peribadi sahaja bukannya di dalam kefahaman i`tiqad dan bukan pula di dalam peraturan-peraturan kemasyarakatan. Mereka cuba menggoyahkan keyakinan yang kukuh di dalam hati seseorang Muslim bahawa Allah tidak menerima agama agama yang lain melainkan hanya agama Islam dan bahawa Allah akan merealisasikan sistem hidup Ilahi yang dilambangkan oleh Islam yang tidak boleh ditukar ganti dan dipinda walaupun sedikit.

Sebagai kesimpulan, dialog antara agama adalah bertentangan dengan akidah Islam. Kaum Yahudi dan Nasara sepajang sejarah mereka tidak pernah menunjukkan keikhlasan kepada Islam. Apa pun alasan diberi bagi mewajarkan dialog ini diadakan adalah salah dan sia-sia belaka.

Pengajaran dan Saranan

1: Kaum Yahudi dan Nasara telah menyeleweng dari ajaran Islam kerana mereka tidak beribadat dengan ikhlas kepada Allah, tidak mendirikan salat dan tidak menunaikan zakat dengan lurus.
2: Perpecahan Ahli Kitab yang berlaku selepas kebangkitan Nabi Muhammad saw adalah didorong oleh perasaan dengki dan tidak sedia menerima kenyataan bahawa Nabi akan dibangkit dari kalangan orang Arab.
3: Niat dengan ikhlas merupakan pra syarat bagi melakukan sesuatu ibadat. Yahudi dan Nasara tidak ikhlas kepada Allah pada ibadat yang mereka lakukan.
4: Seluruh perselisihan yang berlaku di antara golongan Ahli Kitab bukan kerana kurang pengetahuan, tetapi kerana hawa nafsu dan tabiat menentang kebenaran.
5: Nabi Muhammad saw merupakan Rasul yang terakhir, agama yang dibawa baginda juga merupakan yang terakhir.
6: Kabangkitan Nabi Muhammad saw dan para Rasul yang datang silih berganti sebelumnya adalah untuk mengembalikan manusia kepada kebaikan.

Rabu, 2 Mac 2011

MENGENALI JIN


Beriman Kepada Yang Ghaib

Beriman kepada yang ghaib adalah termasuk salah satu asas dari akidah Islam, bahkan ianya merupakan sifat yang pertama dan utama yang dimiliki oleh Allah S.W.T. Justeru itu, bagi setiap orang Muslim, mereka wajib beriman kepada yang ghaib, tanpa sedikitpun ada rasa ragu. Dalam perkara ini Ibn Mas'ud mengatakan: Yang dimaksudkan dengan yang ghaib itu ialah segala apa saja yang ghaib dari kita dan perkara itu diberitahukan oleh Allah dan Rasul-Nya. Begitu juga jin. Jin termasuk makhluk ghaib yang wajib kita imani, kerana banyak ayat-ayat Al-Qur'an dan Hadis Nabi yang menerangkan tentang wujudnya.
Walaupun jin itu tidak dapat dilihat, maka bukanlah bererti ia tidak ada. Sebab berapa banyaknya sesuatu yang tidak dapat kita lihat di dunia ini, akan tetapi benda itu ada. Angin misalnya, kita tidak dapat melihatnya, tetapi hembusannya dapat kita rasakan. Begitu juga roh yang merupakan hakikat dari kehidupan kita, kita tidak dapat melihatnya serta tidak dapat mengetahui tentang hakikatnya akan tetapi kita tetap meyakini wujudnya.


Apakah itu Jin?

Jin adalah nama jenis, bentuk tunggalnya adalah Jiniy ( dalam bahasa arab dahulu kala, dan Genie dalam bahasa Inggeris ) yang ertinya "yang tersembunyi" atau "yang tertutup" atau "yang tak terlihat". Hal itulah yang memungkinkan kita mengaitkannya dengan sifat yang umum "alam tersembunyi", sekalipun akidah Islam memaksudkannya dengan makhluk-makhluk berakal, berkehendak, sedar dan punya kewajipan, berjasad halus and hidup bersama-sama kita di bumi ini. Dalam sebuah hadith dari Abu Tha'labah yang bermaksud : "Jin itu ada tiga jenis iaitu : Jenis yang mempunyai sayap dan terbang di udara, Jenis ular dan jengking dan Jenis yang menetap dan berpindah-pindah."


Awal Penciptaan Jin

Allah S.W.T. menciptakan jin sebelum menciptakan manusia, dengan selisih waktu yang lama bila dikiaskan pada manusia mahupun jin sendiri. Allah S.W.T. berfirman ( maksudnya ) : "Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari tanah liat kering ( yang berasal ) dari lumpur hitam yang diberi bentuk. Dan Kami telah menciptakan jin, sebelum itu dari api yang sangat panas. ( Surah Al-Hijr: 26-27 ).


Bagaimana Jin Dan Syaithan Hidup

Jin adalah makhluk yang sangat banyak sekali penduduknya, boleh dikatakan sama bilangan penduduk bumi sebanyak 5 bilion. Jarang ada suatu tempat di bumi ini yang tidak diduduki oleh jin, baik di daratan, lautan
mahupun udara. Dunia mereka seperti dunia kita : Ada negara, kerajaan, berbagai bangsa & kabilah, penguasa dan rakyat jerata. Agama mereka pun tidak berbeza dengan agama manusia. Diantara mereka, alhamdulillah,
ada yang Muslim dan memperoleh hidayah dari Allah S.W.T. Yang lain, beragama Masehi, Hindu, Buddha, penyembah berhala dan penganut ajaran komunis.




Tempat Tinggal Jin

Makhluk jin lebih mengutamakan untuk tinggal di tempat-tempat yang sunyi dan sepi dari manusia seperti di padang pasir. Ada yang tinggal di tempat-tempat kotor seperti di tempat pembuangan sampah kerana mereka memakan makanan lebihan manusia. Ada juga mereka yang tinggal bersama manusia iaitu di dalam rumah. Abu Bakar bin Ubaid meriwayatkan: "Pada setiap rumah kaum muslimin ada jin Islam yang tinggal di atapnya, setiap kali makanan diletakkan, maka mereka turun dan makan bersama penghuni rumah."
Jin juga menjadikan tandas sebagai tempat tinggalnya. Rasullullah s.a.w. telah bersabda: "Sesungguhnya pada tiap-tiap tempat pembuangan kotoran ada didatangi jin, kerana itu bila salah seorang kamu datang ke tandas
maka hendaklah ia mengucapkan doa: " Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadamu dari jin lelaki dan perempuan" (HR. Abu Dawud)

Jin juga sangat suka tinggal di lubang-lubang. Oleh kerana itu dalam sebuah hadis dijelaskan yang maksudnya: "Janganlah kamu kencing dilubang." (HR. An-Nas'i)

KISAH SYAITAN BERTEMU RASULULLAH SAW


1) Dari Abu Darda' ra, ia berkata :



 Rasullullah SAW berdiri melakukan solat kemudian kami mendengarnya mengucapkan : "Aku berlindung kepada Allah darimu", kemudian bersabda : "Aku laknati kamu dengan laknat Allah" seraya membuka tangannya tiga kali seolah-olah memegang sesuatu. 


Ketika selesai solat, kami bertanya, wahai Rasulullah kami mendengarmu mengucapkan sesuatu di dalam solat, kami belum pernah mendengarmu mengucapkannya sebelumnya dan kami melihat kamu membuka tangan?.


 Nabi SAW menjawab : "Sesungguhnya musuh Allah, iblis, datang membawa obor dari api untuk diletakkan diwajahku, lalu aku mengucapkan "Aku berlindung dari Allah" tiga kali, kemudian aku katakan "Aku melaknatimu dengan laknat Allah yang sempurna" tetapi tidak mundur sampai tiga kali kemudian aku ingin mencuba menangkapnya.
 Demi Allah kalau bukan kerana doa saudara kita Sulaiman nescaya dia sudah terikat dijadikan mainan oleh anak-anak penduduk Madinah".


2) Dari Abu At Tayah, ia berkata :


 Aku berkata kepada Abdur Rahman bin Khanbasy At Tamimi, ia seorang yang sudah tua : "Engkau pernah berjumpa Rasulullah SAW?." 
Ia menjawab : "Ya. Aku bertanya : "Bagaimana beliau berbuat pada malam diserang oleh Jin dan Syaitan?".
Ia berkata : "Sesungguhnya syaitan mendatangi Rasulullah SAW malam itu dari berbagai lembah dan lorong, diantara mereka adalah syaitan yang membawa obor api di tangannya ingin membakar wajah Rasulullah SAW. 
Kemudian Jibril turun kepadanya seraya berkata : "Wahai Muhammad, ucapkan". 
Nabi SAW bertanya : "Apa yang harus aku ucapkan?"


Jibril berkata : Ucapkanlah : 



"Aku berlindung dengan kalimat Allah yang sempurna dari kejahatan apa yang Dia ciptakan, dari kejahatan apa yang turun dari langit, dari kejahatan yang naik kepadanya, dari kejahatan fitnah siang dan malam, dan dari setiap kejahatan yang datang di malam hari kecuali yang datang dengan membawa kebaikan, wahai Yang Maha Rahman."

Ia berkata : kemudian padam api mereka dan Allah mengalah kan mereka.