Syuqran Jazilan for d click :)

Photobucket

My Friend

Sabtu, 12 Februari 2011

Solat Jumaat



Solat Jumaat
 ialah solat dua rakaat yang dilakukan bagi menggantikan solat zohor.
Solat Jumaat di lakukan secara berjemaah selepas mendengar khutbah jumaat.


Solat Jumaat hukumnya fardu ain (wajib bagi setiap individu muslim jika tidak berdosalah) dengan syarat-syarat2 tertentu.

Dalil Al-Quran tentang Solat Jumaat :

Firman Allah swt : ( Al-Jumu’ah :9)

“wahai orang-orang yang beriman, apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat jumaat pada hari jumaat, maka segerakanlah kamu pergi ke masjid untuk mengingati Allah dan tinggalkanlah berjual beli pada masa itu. Yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui hakikat yang sebenarnya”.

Sabda Rasulullah SAW:
“Solat Jumaat itu hak wajib dikerjakan oleh setiap orang Islam dengan berjemaah, kecuali Hamba sahaya yang dimiliki, perempuan, anak-anak dan orang sakit.” ( Hadis Riwayat Abu Dawud & Hakim).

Syarat wajib :

1.      Islam
2.      Baligh
3.      Berakal
4.      Merdeka
5.      Lelaki
6.      Sihat
7.      Bermastautin @ bermukim

Syarat sah :
1.      Dikerjakan solat jumaat dalam waktu zuhur.
2.      Tempat yang ditetapkan (masjid, padang …… )
3.      Berjemaah ( at least 40 orang yang tinggal tetap di kawasan tersebut)
4.      Didahului dengan 2 khutbah.

Haram meninggalkan solat Jumaat :
·         Perbuatan yang ditegah kerana solat jumaat hukumnya wajib, fardu ain ke atas setiap individu muslim.
·         Bagi yang meringan-ringankan hukum Allah, akan dimurkai dan bakal menerima azab yang yang setimpal dengan dosa yg dilakukan.

Dari Abu Jakdi ad-Dhamri bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Sesiapa yang meninggalkan solat Jumaat 3 kali dengan sengaja, maka Allah SWT akan menutup hatinya daripada menerima petunjuk" (Hadis riwayat Abu Daud)

Pengecualian dari Solat Jumaat :
Seorang Muslim yang mengalami salah satu perkara di bawah ini adalah dikecualikan dari menunaikan solat Jumaat, mereka hanya perlu Solat Zuhur seperti biasa:
1.     Sakit - Iaitu sakit yang menyukarkan untuk ke masjid atau bimbang akan memudaratan penyakitnya.
2.     Hujan - Jika hujan itu membawa kesukaran untuk pergi ke masjid.
3.     Musafir - Iaitu orang yang keluar sebelum subuh untuk bermusafir.
4.     Takut dizalimi - Orang yang bersembunyi kerana takut di zalimi.
5.     Perang - Orang yang berada di medan perang.

Perkara-perkara sunat yang dilakukan pada hari Jumaat

1.  Mandi sunat hari Jumaat, terutama ketika hendak berangkat ke Masjid.
2.  Memotong kuku.
3.  Memotong, mencabut atau mengunting bulu [ketiak, hidung, misai].
4.  Bersugi.
5.  Memakai wangi-wangian.
6. Berhias diri dengan memakai pakaian yang bersih dan cantik.
7.  Bersegera pergi ke masjid.
8.  Berniat Iktikaf.
9.  Solat sunat Tahiyatul Masjid sebaik sahaja masuk ke dalam masjid.
10.  Memperbanyakkan berzikir, membaca Al Quran dan berselawat ke atas Nabi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan