Syuqran Jazilan for d click :)

Photobucket

My Friend

Jumaat, 27 Mei 2011

Mesti dibaca oleh Wanita serta Lelaki

Assalamualaikum..
Salam sejahtera dan semoga setiap insan yang bernyawa sentiasa berada dalam lindungan Ilahi.Amin..


Im here to post samting...perkara paling penting buat smua kaum hawa.
For sure zaman sekarang nie, ada sesetengah wanita tak bisa dtegur untuk completekan pakaiannyer dan mesti akan melenting.nauzubillah..Semoga Allah memberi kesedaran dan hidayah untukmu.
Di sini Allah menguji setiap wanita! Sememangnya wanita itu hebat berbanding lelaki dan berbangga dan bersyukurlah menjadi seorang wanita. Aikh! bangga? taklah maksudnya proud to be Muslimah. Alhamdulillah.


Here, saya nak sharing link complte ttg cara berpakaian buat wanita : SILA KLIK (^_^)


http://wanitamelayuseksa.blogspot.com/2011/04/upload-gambar-manja-dalam-facebook.html?spref=fb


banyak info2 menarik yang akan membawa kesedaran dan membentuk peribadi serta menambahkan lagi ketaqwaan kepada Allah s.w.t. mudah-mudahan InsyaAllah...


Syukran Jazeelan..Semoga setiap detik membawa kepada keredhaan Allah s.w.t

Rabu, 25 Mei 2011

20 Fakta Israel Yang Belum Kita Ketahui


Lihatlah bertapa kejam dan jahatnya Israel ini terhadap umat Islam.Semoga Allah membalas kejahatan mereka. mereka sendiri diperbodohkan dengan akal fikiran mereka.dgn agama mereka sndri. Islam agama Allah yang benar, suci dan telus. Janji Allah pastikan tiba....Bersabar!

1. Selain bangsa yahudi, bangsa lain dilarang membeli atau menyewa tanah di Israel.

2. Setiap bangsa yahudi yang ada di setiap Negara di seluruh dunia menjadi warga negara Israel secara automatik. Sementara warga Palestin yang lahir di tanah negerinya sendiri sejak puluhan abad yang lalu diusir ke luar Palestin?

3. Penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel harus menggunakan kenderaan dengan cat dan warna khas untuk membezakan antara bangsa yahudi dan non yahudi.

4. Israel membahagikan 85% air bersih hanya untuk bangsa yahudi dan membahagikan 15% lebihannya untuk seluruh penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel. Secara realiti, Israel memberikan 85% air bersih hanya untuk 400 penduduk yahudi di Hebron, sementara 15% sisanya dibahagikan kepada 120 ribu penduduk Palestin di daerah itu.

5. Amerika terus memberikan bantuan ketenteraan kepada Israel sebanyak 1.8 billion US$ setiap tahun. Dan tahukah anda bahawa jumlah sebesar itu sama dengan sumbangan Amerika kepada seluruh Negara di benua Afrika.

6. Pemerintah Amerika telah menekan Kongres tentang pelanggaran Israel dalam penggunaan senjata yang mereka sumbangkan. Khasnya pada tahun 1978, 1979 dan tahun 1982 pada perang di Lebanon dan penggunaan senjata nuklear pada tahun 1981.

7. Sebelum berdirinya Israel pada tahun 1948, sudah memiliki industri pengembangan senjata nuklear.

8. Panglima Tinggi Perang Israel mengakui secara terang-terangan bahwa tentera Israel membunuh semua tahanan perang Palestina tanpa proses pengadilan.

9. Israel meletupkan tempat kediaman Diplomat Amerika dan menyerang kapal perang Amerika Liberty di perairan internasional pada tahun 1967. Walaupun serangan itu telah mengorbankan 33 tentera Amerika dan mencederakan 177 lainnya, tetapi Amerika sama sekali tidak melakukan tindakan apapun terhadap Israel. Hanya dengan alasan bahawa tentera Israel salah sasaran? Bayangkan kalau serangan itu dilakukan oleh Negara Islam?

10. Israel merupakan negara yang paling banyak mengabaikan resolusi PBB? Jumlah resolusi yang diabaikan oleh Israel telah 69 kali. Bayangkan seandainya satu Negara Islam mengabaikan 1 resolusi PBB, apa yang akan dilakukan oleh Amerika?

11. Sejak tahun 1988, semua industri dan pejabat di Israel hanya boleh menampalkan iklan jawatan kosong dengan perkataan: “kerja kosong hanya untuk bangsa yahudi”, “dicari seorang pekerja dengan syarat bangsa yahudi”.

12. Kementerian Luar Negeri Israel membayar 6 syarikat media Amerika untuk menunjukkan imej positif Israel kepada masyarakat Amerika dan Eropah.

13. Perdana Menteri Israel pertama David ben Gorion sepakat dengan langkah pengusiran secara paksa seluruh bangsa arab dari Israel.

14. Paderi besar di Israel Ofadya Yosef yang juga pengasas Parti Syas (parti terbesar ketiga di Israel) menyokong aksi tentera Israel untuk menghabiskan warga Palestin? Bahkan ia mengeluarkan fatwa radikal pada hari raya paskah (Israel) yang lalu dalam wawancaranya di sebuah jaringan radio terbesar di Israel:
“Tuhan akan membalas semua kejahatan warga arab, Tuhan akan menghancurkan keturunannya, menghabisinya dan menghancurkan tanahnya dan Tuhan akan membalas mereka dengan siksaan yang pedih. Kerena itu dilarang semua bangsa Yahudi untuk memberikan rasa kasih sayang kepada warga arab, dan wajib bagi setiap yahudi untuk menembak rifel dan senjatanya ke arah dada dan kepala setiap warga arab untuk menghabiskannya, kerena mereka itu makhluk yang jahat dan terkutuk”……

15. Pelarian Palestin adalah terbesar di dunia.

16. Penduduk Kristian Palestin bersatu dengan penduduk Islam Palestin untuk melawan penjajah yahudi?

17. Walaupun Israel terus mengganggu proses belajar dan mengajar dan merosakkan seluruh prasarana
pendidikan penduduk Palestin, tetapi penduduk Palestin tetap menjadi negara terbesar di dunia yang penduduknya bergelar doktor. Apabila dilihat dari jumlah peratus penduduknya.

18. Israel terus melakukan berbagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al Aqsa dan Qubah Shakhrah sejak 50 tahun yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya.

19. Presiden Afrika Selatan Nelson Mandela pernah mengatakan bahawa Israel adalah negara rasis dan apartheid seperti keadaan Afrika Selatan sebelum dia memimpin?

20. Orang Yahudi berjalan bebas di kawasan Palestin tanpa rasa takut sedangkan orang Palestin diawasi dengan ketat oleh tentera Israel.

P/s : Sungguh zalimkan Israel ? jom kita sama2 boikot barangan Israel !!

Isnin, 23 Mei 2011

ADUAN PILIHAN : DNA Babi Dalam Bahan Buat Kek & Roti Secret Recipe


Kek dan Roti pula, lepas ini apa lagi dapat tahu...

Kadang-kadang aku memang semacam tak paham, rasanya dah hampir semua makanan kat Malaysia ini dah tak selamat dah!

kata jer Malaysia ini negara islam?
tapi persekitaran?
kedai-kedai makan pun banyak yang was-was!

Sikit-sikit buat makanan mesti nak masuk inzim babi ker? DNA babi ker! macam wajib letak pulak dah!

Berikut kenyataan yang dikeluarkan Panel Pengesahan Halal Malaysia Bil.14/2011:
Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia Bil.14/2011 yang diadakan pada 12 Mei 2011 
telah memutuskan permohonan Syarikat Puratos Malaysia Sdn Bhd ( JAKIM-20100609-123757 ) adalah tidak berjaya berikutan penemuan Deoxyribonucleic Acid (DNA) babi dalam bahan ramuan ( Whole Egg Powder dan Whole Milk Powder ) yang digunakan syarikat tersebut.

Dua ramuan terbabit ialah ‘Whole Egg Powder’ dan ‘Whole Milk Powder.’


Syarikat tersebut adalah:

Syarikat Puratos Malaysia Sdn Bhd ( JAKIM-20100609-123757 )

 
8.
TALENTO BROWNIES CONCENTRATE SECRET RECIPE
BRAND: PURATOS
-PURATOS MALAYSIA SDN. BHD.
30/11/2011
9.
TALENTO CAKE CONCENTRATE SECRET RECIPEBRAND: PURATOS
-PURATOS MALAYSIA SDN. BHD.
30/11/2011


Justeru, orang ramai dinasihatkan supaya melayari laman web www.halal.gov.myuntuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai syarikat yang memiliki SPHM.



Syarikat tersebut adalah: 
Syarikat Puratos Malaysia Sdn Bhd ( JAKIM-20100609-123757 )





KONSUMER : Pepsi & Coca Cola mengandungi zat babi


Rabu, 18 Mei 2011

Tips To Get Better Skin



Eco website Treehugger has published a list of environmentally and wallet-friendly ways to improve the look of your skin.
1.      Coffee: Even though drinking coffee is unlikely to do your skin any good, caffeine is the next big thing in beauty products, and Treehugger has the low-down on how to benefit from it DIY-style: a facial exfoliant made from coffee grounds.
2.      Cleanliness: Washing out your makeup brushes is an inexpensive way to avoid bacteria that clog up pores.
3.      Peeling: In the most literal meaning of the word, try fruit and vegetable peels to achieve different beneficial effects, such as plumper or brighter skin.
4.      DIY facial: Use water steam to open pores, improve circulation and avoid acne.
5.      Cold showers: Or at least lukewarm ones help to keep you moisturized since overly hot water removes all fatty substances off your skin and dries it out.
6.      Work out: Sport does not only tone muscles, it also nurtures skin cells and whisks away toxins.
7.      Healthy food: Sugar and highly refined carbohydrates aid zit formation and skin ageing.
8.      Drink Water: Six to eight glasses a day should be sufficient to flush out toxins and renew cells.

Selasa, 17 Mei 2011

First Walking To Blog

Assalamualaikum....
Im walking in world tonight to find samting....
Okaylah, sambil2 jalan tgk video and else im feel so tired tonight and memaksaku tidur lebih awal
wuts i found?
semua blog ku redah and perhatikan 
and nie yang paling2 famesss
mcm blog 
--> http://www.benashaari.com/ <-- Mr.Ben Ashaari
--> http://www.peliks.blogspot.com/  <--Miss.Maria Elena
:
:
:
AND !!!!
Blog sndri (^_^)
.
.
.
.Actually my blog still dalam pembaikan dan pembaikpulihkan....x ke sama tu....???
(^$^)
So perkara yang belum settle lagi
@lagu
@apa itu nuffnag????

Apapun badan yang dikurniakan oleh Allah s.w.t ini memerlukan rehat dan 
insyaAllah tomorrow i will continue it ;)

Selamat Malam dan Assalamualaikum


p/s: sebelum lelapkan mata imbaskan kembali hari2 yang telah kita lalui 
dan cuba sedaya upaya berusaha mbuatkan hari esok akan menjadi lbh baik dari hari ini
 dan belajar dari kesilapan yang dilakukan 
dan belajar untuk memaafkan insan disekeliling kita.

Semoga Allah merahmati kita semua

Sabtu, 14 Mei 2011

Khasiat Sirih


Actually saya nak sangat tahu apakah khasiat dan cara makan sirih ini :
sumber saya peroleh ni daripada --> http://rizki8473.multiply.com/journal/item/14 
mohon sharing yea,,,syuqran
!JOM BACA!


_____________________________________________________

Daun sirih sangat popular di masyarakat kita. Kerap kali, tumbuhan merambat ini dijumpai di halaman rumah. Sirih (Piper betle L atau Chavica aurculata Miq) memang mudah ditanam. Cukup dengan menggunakan stek dan diberi cukup air, tanaman ini bisa tumbuh baik di tempat panas maupun di tempat yang terlindung.

Ada beberapa jenis sirih yang dikenal di masyarakat. Misalnya, sirih jawa (daun lebih lembut, kurang tajam, hijau rumput), sirih belanda (daun besar, hijau tuam rasa dan bau tajam dan pedas), sirih cengkeh (kecil, daun kuning, rasa seperti cengkeh), sirih kuning, dan sirih hitam.

Sirih sangat kaya dengan kandungan zat berkhasiat. Di antaranya, minyak atsiri, hidroksikavicol, kavicol, kavibetol, allylpyrokatekol, cyneole, caryophyllene, cadinene, estragol, terpennena, seskuiterpena, fenil propana, tanin, diastase, gula, dan pati.

Efek zat aktif yang dikandung seluruh bagian tanaman sirih adalah merangsang syaraf pusat, merangsang daya pikir, meningkatkan gerakan peristaltik, merangsang kejang, meredakan sifat mendengkur. Daun sirih memiliki efek mencegah ejakulasi prematur, mematikan jamur Candida albicans, anti kejang, analgesik, anestetik, pereda kejang pada otot polos, penekan pengendali gerak, mengurangi sekresi cairan pada liang vagina, penekan kekebalan tubuh, pelindung hati, dan antidiare.

Tanaman sirih juga diketahui bisa mengatasi batuk, bronchitis, menghilangkan bau badan, mengobati luka bakar, mimisan, bisul, mata gatal dan merah, koreng dan gatal-gatal, menghentikan pendarahan gusi, sariawan, menghilangkan bau mulut, jerawat, keputihan, dan mengurangi produksi air susu ibu yang berlebihan.

Untuk obat batuk, sebanyak 15 lembar daun sirih direbus dengan tiga gelas air hingga tersisa 3/4-nya, minum dengan madu. Obat bronchitis, sebanyak tujuh lembar daun sirih dan gula batu satu potong direbus dengan dua gelas air hingga tersisa satu gelas, minum sehari 3 X 1/3 gelas. Menghilangkan bau badan, lima lembar daun sirih direbus dengan dua gelas air hingga menjadi satu gelas, minum siang hari.

Obat luka bakar, daun segar diperas airnya, ditambah sedikit madu, bubuhkan di tempat yang luka bakar. Mimisan, daun agak muda satu lembar dilumatkan, digulung untuk menyumbat hidung berdarah. Bisul, daun sirih secukupnya dicuci bersih, digiling menjadi halus, dioleskan pada bisul dan sekelilingnya, dibalut. Sehari diganti dua kali.

Mengatasi mata gatal dan merah, lima sampai enam lembar daun direbus dengan satu gelas air sampai mendidih. Setelah dingin untuk cuci mata dengan memakai gelas air sampai mendidih. Setelah dingin untuk cuci mata dengan memakai gelas cuci mata. Sehari tiga kali sampai sembuh.

Untuk koreng dan gatal-gatal, sebanyak 20 lembar direbus, saat hangat dipakai untuk cuci. Menghentikan pendarahan gusi, daun empat lembar direbus dengan dua gelas air, dipakai untuk kumur. Obat sariawan, daun sirih segar sebanyak satu sampai dua lembar dibersihkan, dikunyah sampai lumat, ampasnya dibuang.

Untuk menghilangkan bau mulut, sebanyak dua sampai empat lembar daun diremas, lalu diseduh, dipakai untuk kumur. Obat jerawat, tujuh sampai 10 lembar daun sirih ditumbuk sampai halus, kemudian diseduh dengan dua gelas air panas. Airnya dipakai untuk mencuci muka yang berjerawat. Sehari dilakukan dua sampai tiga kali.

Obat keputihan, sebanyak 10 lembar daun direbus dengan 2,5 liter air, hangat-hangat dipakai untuk mencuci liang kemaluan. Untuk mengurangi produksi ASI yang berlebihan, beberapa lembar daun sirih diolesi minyak kelapa, hangatkan di atas api hingga menjadi layu.

Jumaat, 13 Mei 2011

Cara nak tukar template.


Assalamualaikum...
ini dia cara nak tukar template..
so awk leh rujuk di sini....
ada apa2 fb saya ye....
p/s: saya amek dashboard saya buat contoh......
belum cuba belum tahu dah cuba baru tahu hasilnya....
if x jelas..awk boleh klik di picture itu ok....

 

okay....firstly, awak sign in dan awk cari dashboard...
Then, awk tgk ada new post, edit post, comments n blabla blaaa kan...
so awk klik pada DESIGN....
selepas itu
!
!
!


Then, awk klik DESIGN di atas tu..
Then, awk nampak tak "EDIT HTML"?? so awk klik di situ....
EDIT HTML tu sebelah page elements..ada kan??
cuba klik...


Then, screen akan keluar macam nie kan?
so awk nampak kan bawah tulis kedua color oren? "edit template"
okay.....so awk paste kan html background yang awk dah pilih ke dalam kotak tu...
lepas itu awk SAVE.......siap!

SENANG MUDAH DAN PANTAS KAN???
SELAMAT MENCUBA YER

Isnin, 2 Mei 2011

Kisah Nafsu Yang Degil Dengan Perintah Allah



Dalam sebuah kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke XIII Hijrah, menerangkan bahawa sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan akal, maka Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud : "Wahai akal mengadaplah engkau." Maka akal pun mengadap kehadapan Allah S.W.T., kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal berbaliklah engkau!", lalu akal pun berbalik.
Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud : "Wahai akal! Siapakah aku?". Lalu akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah." Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau." 

Setelah itu Allah S.W.T menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud : "Wahai nafsu, mengadaplah kamu!". Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau." Setelah itu Allah S.W.T menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya.
Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau." Lalu Allah S.W.T menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu' selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, " Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku."
Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahawa dengan sebab itulah maka Allah S.W.T mewajibkan puasa.Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahawa nafsu itu adalah sangat jahat oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu mengawal kita, sebab kalau dia yang mengawal kita maka kita akan menjadi musnah.