Syuqran Jazilan for d click :)

Photobucket

My Friend

Sabtu, 15 September 2012

JENIS JODOH DALAM ISLAM


Jodoh dari Syaitan
Jodoh Syaitan ini adalah merujuk kepada sepasang kekasih yang bertemu dimulai dengan pandangan mata, seterusnya bersentuhan tangan, bercinta dan akhirnya terlanjur di dalam percintaan itu. Dan akhirnya berkahwin, tetapi selepas terlanjur. Itulah Jodoh Pertemuan yang dipanggil Jodoh Syaitan.

Jodoh dari Jin
Ini berlaku bilamana sepasang kekasih yang menjalin hubungan melalui bantuan Jin seperti membomohkan orang lain agar jatuh hati kepadanya sehinggalah mereka dapat berkahwin.

Jodoh dari Allah SWT
Jodoh yang lahir hasil pertemuan melalui mata, turun ke hati dan dijaga batas perhubungan antara mereka sehinggalah akad (perkahwinan) berlangsung. Dan inilah yang dinamakan sebagai Syurga Cinta… :)

Apa yang sebenarnya berlaku? Urusan Jodoh itu adalah urusan Allah SWT, cuma kita perlu tahu bagaimana cara mengenali jodoh dalam islam. Tips ini berguna bagi anda yang sedang mencari jodoh. Mari saya terangkan bagaimana.

Tanda jodoh dalam Islam itu adalah “3M”. Apa itu "3M"? Siapa di antara lelaki mahupun wanita yang boleh MemahamiMemaafkan dan Memotivasikan kita ke arah yang lebih baik InsyaAllah itulah jodoh kita.

Huraian berkenaan "3M" adalah seperti berikut: 
Memahami - Setiap pasangan mestilah memahami antara satu sama lain. Ini penting kerana setiap daripada kita mempunyai latar belakang kehidupan yang berlainan. Maka setiap sifat kita mampu mempengaruhi atau dipengaruhi sifat pasangan kita. 

Memaafkan - Sifat memaafkan ini amat penting sekiranya tiada sifat ini, nescaya hubungan kekeluargaan tidak kekal lama (Ini yang kita cuba elakkan). Lelaki memang lebih egonya, namun jika ingin selamat, buang segala ego demi mempertahankan rumahtangga. 

Memotivasikan - Pasangan mestilah memotivasikan antara satu sama lain. Faktor seperti stres, tekanan kerja, masalah kewangan mungkin menyebabkan keretakan rumahtangga, namun sikap memotivasikan ini mampu menaikkan dan memulihkan kembali semangat pasangan anda.


What goes around comes around.
Keep your circle positive.
Say good words.
Think good thoughts
Do good deeds…

5 ulasan:

  1. Apakah jumlah istri lebih dari 1 itu di sebut jodoh ? Dan apakah seorang bercerai dengan istrinya, lalu mantan istrinya itu bukan jodoh nya lagi . . . Dan bagaimana kaitan nya dengan tulang rusuk apabila seorang suami punya istri 2 atau lebih ?

    BalasPadam
  2. Apakah jumlah istri lebih dari 1 itu di sebut jodoh ? Dan apakah seorang bercerai dengan istrinya, lalu mantan istrinya itu bukan jodoh nya lagi . . . Dan bagaimana kaitan nya dengan tulang rusuk apabila seorang suami punya istri 2 atau lebih ?

    BalasPadam
  3. Apakah jumlah istri lebih dari 1 itu di sebut jodoh ? Dan apakah seorang bercerai dengan istrinya, lalu mantan istrinya itu bukan jodoh nya lagi . . . Dan bagaimana kaitan nya dengan tulang rusuk apabila seorang suami punya istri 2 atau lebih ?

    BalasPadam
  4. kunjungi "mahligai abadi"

    http://disyaenterprise.blogspot.com/

    BalasPadam
  5. maaf saya cakap ayat atas ni mengarut .. hanya Allah sahaja yang layak memberikan jodoh .. dan jodoh kita adalah mencerminkan kita sendiri .. Allah S.W.T berfirman :

    “Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula}” (QS. An Nuur: 26)

    BalasPadam