Syuqran Jazilan for d click :)

My Friend

Selasa, 16 Februari 2010

MASA AKAN MENJADI SINGKAT






Daripada Anas bin Malik r.a berkata : Rasulullah s.a.w bsabda :"Tidak akan terjadi qiamat sehingga masa menjadi singkat,maka setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakan 1jam dan 1jam dirasakan seperti 1petikan api" ~ H.R.Tirmizi


KETERANGAN : 
masa akan berlalu begitu cepat. Belum sempat berbuat sesuatu, tiba-tiba masa sudah terlalu larut, sehingga banyak perkara yang belum dapat diselesaikan. kita seakan-akan sibuk, tetapi kita tidak faham apa yang disibukkan. kita dibiri masa dan ia berlalu dengan tiada ada perkara yang dapat kita selesaikan. inilah yang dimaksudkan dengan singkatnya masa.


menurut Imam Mahdi al-Karmani, yang dimaksudkan dengan singkatnya masa itu ialah dicabut keberkatan daripadanya. memang benar apa yang dikatakan oleh Imam al-Karmani itu, dahulunya kita merasakan dalam sehari banyak perkara yang dapat kita laksanakan, tetapi sekarang dalam sehari yang sama hanya sedikit perkara-perkara yang dpaat kita laksanakan. ini adalah satu petanda hampirnya qiamat.

1 ulasan:

  1. diri ini amat merasainya..apakah amalan yang telah aku lakukan untuk d bawa ke sana ????

    BalasPadam