Syuqran Jazilan for d click :)

My Friend

Ahad, 14 Februari 2010

umat-umat islam mengikuti langkah2 yahudi dan nashrani


Daripada Abu Sa'id Al-Khudri r.a berkata : bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda : " Kamu aka mengikut jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka". Sahabat bertanya,"Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nashrani yang kau maksudkan?" Nabi s.a.w menjawab,"Siapa lagi kalau bukan mereka"

H.R.Muslim

KETERANGAN :

umat islam mengikut jejak langkah ataupun "cara hidup" orang-orang Yahudi dan Nashrani, hinggalah dalam urusan yang kecil dan perkara-perkara yang tidak munasabah. contohnya,jikalau orang yahudi dan nashrani masuk ke lubang biawak yang kotor dan sempit sekali pun, orang islam akan terus mengikut mereka.

Zaman sekarang ini kita dapat melihat kebanyakkan sabdaan Rasulullah s.a.w ini. Ramai orang islam hilang kepercayaan di dalam kehidupan. mereka banyak meniru "cara hidup" yahudi dan nasharani samada mereka sedar atau tidak. ramai orang islam telah terperangkap dengan tipu helah yahudi dan nashrani dan ramai pula orang yang menjadi alat dan tali barut mereka.

Ya Allah! selamatkan kami daripada mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan